China, Filipina Naiktaraf Hubungan

2018-11-21 08:52:28  CRI
Share with:

图片默认标题

China dan Filipina menaiktarafkan ikatan kepada hubungan kerjasama strategik komprehensif dan bersetuju bergabung tenaga menggalakkan pembangunan Jalur dan Laluan.Konsensus itu dicapai dalam rundingan antara Presiden Xi Jinping dengan Presiden Rodrigo Duterte di Manila semalam.

Xi menyatakan hasil pertemuan sebanyak enam kali dengan Presiden Duterte dalam tempoh dua tahun lalu, konsensus yang telah dicapai diperkukuh, sementara ikatan persahabatan bertambah erat. Melalui usaha bersama kedua-dua pihak, kerjasama melibatkan pelbagai bidang membuahkan hasil memberangsangkan, sekali gus menyelak lembaran baharu hubungan bilateral.

图片默认标题

China bersedia bersama-sama Filipina mewarisi persahabatan dan memperkasakan kerjasama hingga membolehkan dua negara berkongsi hasil pembangunan dan kemakmuran.China dengan teguh menyokong usaha Filipina untuk memerangi dadah dan keganasan, dan akan terus menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara itu khususnya berkaitan program pembasmian kemiskinan.

Katanya, Filipina rakan kongsi penting bagi China dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan penyelarasan BRI dengan strategi pembangunan Filipina.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Xi menyatakan China dan Filipina berkongsi kepentingan luas di laut tersebut. Kedua-dua pihak boleh terus menangani perselisihan melalui rundingan muhibah, di samping menggalakkan kerjasama maritim yang pragmatik demi menyumbang kepada ketenteraman dan kesejahteraan rakyat serantau.

图片默认标题

Duterte menyifatkan lawatan Presiden Xi batu tanda penting dalam hubungan Filipina-China, sambil menyatakan kesediaan memperkukuh kerjasama melibatkan perdagangan, pelaburan, pertanian, pertahanan, infrastruktur dan tenaga serta interaksi sosiobudaya.

Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen kerjasama antara China dan Filipina termasuk memorandum persefahaman (MoU) mengenai usaha sama menggalakkan pembangunan Jalur dan Laluan serta berkaitan penerokaan minyak dan gas asli.

张弘