Perdagangan Luar China Terus Meningkat

2018-12-07 17:31:47  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport China terus meningkat pesat sejak awal tahun ini. 

Menyentuh unjuran bagi tahun depan, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng semalam menyatakan bahawa perdagangan luar China tetap rancak. Tindakan akan diambil untuk menggalakkan pertumbuhan yang berkualiti tinggi. 

Data terkini Kastam China menunjukkan, setakat pertengahan November lalu, jumlah perdagangan luar telah melebihi keseluruhan bagi sepanjang 2017 yang direkodkan pada RMB28 trilion (RM17.6 trilion), dengan peningkatan sebanyak 15% berbanding dahulu.

Gao Feng mengatakan, pembaharuan struktur pembekalan turut mengoptimumkan struktur import dan export, malah merangsang potensi pengimportan dengan inovasi dan pertumbuhan berkualiti tinggi sebagai penggeraknya. 

Dari perspektif luaran pula, walaupun ekonomi dunia masih berdepan amalan perlindungan dan unilateralisme, namun arah aliran globalisasi ekonomi tidak berubah dan permintaan dalam pasaran utama dunia masih terus meningkat.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓