Hidup Bahagia Hak Asasi Paling Penting

2018-12-10 18:03:45  CRI
Share with:

Perisytiharan Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia (UDHR), dokumen penting dalam sejarah tamadun manusia, membawa pengaruh menjangkau jauh kepada perjuangan memajukan hak asasi di seluruh dunia.

Perkara ini ditekankan Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah atas penganjuran simposium sempena ulang tahun ke-70 UDHR di Beijing hari ini.

Katanya, China bersedia bersama-sama semua negara menjunjung nilai keamanan, pembangunan, keadilan, kesaksamaan, demokrasi dan kebebasan; mempertahankan maruah dan hak umat manusia; menggalakkan tadbir urus hak asasi sejagat yang lebih adil, munasabah dan inklusif; membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan serta mencipta masa depan dunia yang lebih gemilang.

Beliau menyatakan hidup bahagia adalah hak asasi paling penting. Dalam tempoh hampir 70 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China, khususnya sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 40 tahun lalu, satu lonjakan besar direalisasikan, terbukti apabila hidup rakyat ratusan juta bertambah baik sehari demi sehari.

China berpegang pada konsep hak asasi berpaksikan rakyat, melihat hak untuk hidup dan memajukan diri sebagai hak asasi paling asas, serta komited meningkatkan hak semua rakyat dalam ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar.
 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
林莹