Duta Besar Vietnam ke China, Dang Minh Khoi mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-60 penubuhan wilayah Guangxi, sambil menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan kerjasama dalam segenap aspek.
Katanya, sebagai jiran, Vietnam tumpang gembira atas pencapaian cemerlang Guangxi sepanjang 60 tahun lalu. Hubungan antara Vietnam dengan Guangxi amat rapat, sementara pertukaran dan kerjasama ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya mengekalkan momentum kuat pada beberapa tahun ini.
Guangxi telah menjadi penghubung hati rakyat Vietnam dan China. Pada masa yang sama, Vietnam juga menjadi jejambat bagi menyambungkan Guangxi dan tempat-tempat lain di China dengan ASEAN.