Festival Seni Budaya Lembangan Lancang-Mekong 2018 selama tiga hari yang membuka tirai di Jinghong, provinsi Yunnan pada 12 Disember, satu platform pertukaran bagi merancakkan kerjasama ekonomi, politik dan sosiobudaya.
Gabenor wilayah Bokeo Laos, Bouakhong Nammavong berkata, persembahan mantap yang dibawa seniman membantu mempromosi budaya negara masing-masing, sekali gus memupuk persefahaman dan ikatan persahabatan lebih kukuh.
Konsul Jeneral Myanmar ke Kunming, Soe Paing pula mengibaratkan budaya, etnik dan muzik berbeza sebagai jalinan yang menghubungkan hati rakyat negara-negara di lembangan Lancang-Mekong.