31 Artis Terkenal China dan Malaysia Jadikan Ipoh Bandar Kreatif

2018-12-15 14:35:52  CRI
Share with:

31 Artis Terkenal China dan Malaysia Jadikan Ipoh Bandar KreatifSeramai 31 artis terkenal dari China dan Malaysia akan menjalin tenaga untuk mempamerkan kemahiran dan gaya lukisan mereka buat kali pertama kalinya di Ipoh, Perak.

Artis berkenaan akan mengambil bahagian dalam sesi melukis secara kumpulan di skrol sepanjang 90 kaki di Grayhaus Living Arts Gallery, pada 17 Disember.

"Perak in Watercolor 2.0" yang dianjurkan Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia dengan kerjasama Tourism Perak itu bertujuan untuk mempromosikan Ipoh sebagai bandar kreatif dan destinasi pelancongan.

Orang ramai juga berpeluang melihat 33 lukisan cat air hasil karya 11 pelukis terkenal China dan 55 lukisan daripada 30 pelukis cat air terbaik Malaysia.

(sumber dari BERNAMA)

张弘