Fahami China dari Tiga Sudut

2018-12-18 11:00:11  CRI
Share with:
Genap 40 tahun pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, semakin banyak suara dari Barat yang merenungkan hala tuju negara ini pada masa depan.

Adakah China rakan kongsi atau lawan, apakah yang dibawa China itu peluang atau cabaran?

Dalam konteks ini, Persidangan Antarabangsa "Understanding China
" ke-3 yang dirasmikan di Beijing kelmarin dianggap mempunyai makna yang luar biasa signifikannya.

Presiden Xi Jinping dalam surat tahniah sempena persidangan itu menegaskan bahawa China akan terus mengintensifkan pembaharuan dan keterbukaan dengan menyeluruh, berpegang pada konsep pembangunan baharu, menggalakkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi, sekali gus mencipta lebih banyak peluang kerjasama dengan negara lain.

Ujaran ini sebagai respons kepada keprihatinan masyarakat Barat, juga menjadi motivasi bagi para tetamu persidangan berkenaan untuk berbincang mengenai tema "Momentum Baharu Pembangunan China, Peluang Baharu Kerjasama Global".

Sebagaimana falsafah mempunyai satu soalan utama, tumpuan masyarakat antarabangsa juga boleh disimpulkan kepada tiga titik persoalan, iaitu apakah jenisnya negara China ini, datangnya dari mana, dan mahu ke mana? Untuk memahami China, para peserta "Understanding China
" memberi jawapan berdasarkan perspektif sejarah dan masa depan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi berkata, masyarakat antarabangsa boleh memahami China daripada kesungguhannya untuk menempuh jalan pembangunan secara damai, memajukan kerjasama saling untung, mempertahankan keadilan dan kesaksamaan, menganjurkan keselamatan sejagat, serta mencari persamaan dan menghormati perbezaan.

Ke manakah hala tuju China jika pembaharuan dan keterbukaan diteruskan pelaksanaannya?

Para peserta menganggap jawapannya amat jelas, iaitu matlamat pembangunan sosioekonomi negara yang dikeluarkan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, membangunkan masyarakat kaya yang menyeluruh menjelang 2020, mewujudkan masyarakat sosialis yang moden pada asasnya menjelang 2035, dan membina sebuah masyarakat sosialis moden yang makmur, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah menjelang 2050.

Ketua Persatuan Penyelidikan Inovasi dan Strategi Pembangunan Negara China, Zheng Bijian menganggap, dalam proses merealisasikan matlamat tersebut, peranan pasaran dan inovasi akan lebih diutamakan. Pada masa yang sama, China akan bersama-sama rakyat seluruh dunia untuk membina komuniti berkongsi nasib dan kepentingan sesama insan.
曹捷