Dunia Tumpukan Ucapan Xi Jinping

2018-12-19 13:26:26  CRI
Share with:

Ucapan yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada majlis peringatan sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di Beijing semalam, menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Akhbar Handelsblatt Jerman dalam laporannya menyatakan, Presiden Xi berjanji China akan terus memperluas keterbukaan.

Dalam hanya beberapa dekad, China berjaya mewujudkan pengindustrian yang memerlukan beberapa abad di negara lain. Pembaharuan dan pintu terbuka telah membawa kemakmuran ekonomi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terbukti apabila agregat ekonomi China menempati lebih 15% jumlah sejagat. Ini turut memberi manfaat kepada syarikat asing yang menanam modal di China.

Agensi Berita Tass Rusia dalam laporannya memetik ucapan Xi bahawa China sentiasa menjunjung panji-panji kedamaian, pembangunan, kerjasama dan untung bersama, serta aktif menggalakkan pembentukan ekonomi dunia yang terbuka dan komuniti berkongsi nasib sesama insan dengan sumbangan sendiri.

Stesen TV NHK Jepun pula menumpukan komitmen yang disebut Xi, iaitu untuk membina bersama platform kerjasama antarabangsa baharu berdasarkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk menyuntik pengerak baharu kepada pembangunan bersama sedunia.

Laporan itu juga menyebut bahawa seramai 10 tokoh asing telah dianugerahi Pingat Persahabatan Pembaharuan, antaranya termasuk Konosuke Matsushita, pengasas alat elektrik Panasonic Jepun dan mantan Perdana Menteri Jepun, Masayoshi Oohira.

曹捷