China, Sumber Pelaburan Asing Utama Malaysia

2018-12-20 14:26:33  CRI
Share with:

Jumlah pelaburan China ke Malaysia pada tiga suku pertama tahun ini menempati 32% keseluruhan pelaburan asing di negara itu, membolehkan China kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar.

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar China, Shi Ziming memaklumkan perkara itu pada mesyuarat tahunan Persatuan Syarikat Modal China Malaysia di Kuala Lumpur malam semalam.

Menurut beliau, jumlah perdagangan dua hala dalam 11 bulan lalu mencatat USD99.7 bilion (RM417 bilion), meningkat 15% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dijangka memecahkan angka USD100 bilion pada sepanjang tahun ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng yang menyatakan keyakinan bahawa kerjasama kedua-dua negara akan terus berkembang dengan baik berdasarkan pertambahan perdagangan dua hala dan pelaburan syarikat China terhadap Malaysia. Malaysia akan terus menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan merancakkan kerjasama bilateral.

Ketua Persatuan Syarikat Modal China Malaysia, Wang Hongwei memaklumkan, anggota persatuan itu telah mencapai hampir 120 dan semakin banyak syarikat Malaysia mahu menjadi anggota. Ini mencerminkan kesediaan usahawan kedua-dua negara untuk meningkatkan persefahaman dan mengintensifkan kesalingpercayaan.

曹捷