Media Myanmar Puji Pencapaian Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka China

2018-12-21 14:14:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

图片默认标题_fororder_2.JPG

图片默认标题_fororder_3

Ucapan yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada majlis peringatan sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di Beijing pada 18 Disember lalu, menjadi tumpuan media dan sarjana dari Myanmar.

Thiha Auang, Ketua Editor majalah The Northern Light Journal Myanmar ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) berkata, pencapaian cemerlang China dalam proses pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sepanjang 40 tahun lalu mendapat perhatian seluruh dunia.

Pelaksanaan dasar tersebut juga memberi pengalaman yang berharga dan menjadi contoh bagi negara-negara jiran bahkan seluruh dunia.

Thiha Auang beranggapan, Myanmar yang sedang berada dalam fasa pembaharuan demokratik juga boleh menimba pengalaman daripada China. 

Dalam hanya empat dekad, China berjaya mewujudkan pengindustrian yang memerlukan beberapa abad di negara lain, muncul sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia daripada sebuah negara yang kurang maju.

Kejayaan China dalam pembangunan negara juga memaparkan masa depan yang cerah kepada negara-negara membangun termasuk Myanmar.

周乔西