Perluas Keterbukaan demi Pembangunan Berkualiti

2018-12-21 12:47:43  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping telah menyimpulkan sembilan pengalaman dalam pelaksanaan pembaharuan dan pintu terbuka ketika berucap pada majlis memperingati ulang tahun ke-40 dasar berkenaan di Beijing Selasa lalu.

Salah satu daripadanya ialah China mesti terus memperluas keterbukaan dan menyumbang tenaga kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, yang dianggap penting bagi mewujudkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi pada masa depan. 


40 tahun lalu, China di ranking ke-29 dalam perdagangan barangan sedunia. Pada Disember 1978, Parti Komunis China memutuskan untuk mengalih tumpuan kerja negara kepada pembangunan ekonomi, dengan pembaharuan dan keterbukaan sebagai hembusan nafas baharu yang turut menjadi penjana kuat. Hasilnya, China muncul sebagai negara pedagang terbesar, rakan dagang terbesar bagi lebih 120 negara dan wilayah, serta destinasi dan sumber pelaburan kedua terbesar di dunia. 

Pada tahun lepas, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 33.5 kali ganda berbanding 1978, dengan peningkatan purata tahunan mencatat 9.5%.

Maka terbuktilah ujaran Presiden Xi bahawa "pintu terbuka membawa kemajuan, sedangkan pintu tertutup mengakibatkan ketinggalan". 

Tahap pembangunan ekonomi bagaimanapun bukanlah satu-satunya penunjuk bagi mengukur perkembangan, banyak aspek lain perlu dipertimbangkan. 

Satu kesimpulan penting yang dirumuskan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China ialah aspirasi rakyat terhadap kehidupan bahagia terus meningkat, menandakan ekonomi China sedang beralih daripada mengutamakan pertumbuhan pesat kepada pembangunan berkualiti tinggi.


Xi dalam ucapannya turut menyatakan keyakinan bahawa pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan menjadi platform penting bagi China mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi baik dari segi dalaman mahupun luaran.

China tidak akan memaksa negara lain bertindak di luar kehendak mereka sendiri, sebaliknya bersedia bersama-sama semua pihak membangunkan BRI berlandaskan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, di samping membina platform kerjasama antarabangsa baharu untuk menyuntik momentum kepada pembangunan masing-masing.
曹捷