Pelaksanaan yang Konsisten Terhadap Pelan Tindakan di China

2018-12-22 14:51:54  CRI
Share with:
Sempena China merayakan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, masyarakat antarabangsa berturut-turut menganalisis dan membuat kesimpulan bahawa penyumbang-penyumbang kepada pencapaian China dalam tempoh 40 tahun lalu termasuk inovasi sistem, keberanian untuk menjalankan praktik, keinginan untuk menyempurnakan sendiri, sikap kerja yang rajin serta bijaksana dan sebagainya. Namun, mereka pada umumnya mengabaikan satu aspek, iaitu China mempunyai keupayaan yang konsisten dan pelaksanaan yang kuat terhadap cetak biru pembangunan sosioekonomi yang terancang.

Pembaharuan dan pintu terbuka China bermula daripada pembaharuan desa yang cetak birunya berorientasikan 'industri makmur, tempat kediaman yang mesra rakyat dan mesra alam, bertamadun, tadbir urus yang berkesan dan kehidupan yang kaya'.
Pembaharuan dan pintu terbuka di bandar bermula di Shenzhen provinsi Guangdong. Keterbukaan bandar Shenzhen, Shanghai dan bandar lain turut berfungsi mendorong pembaharuan ekonomi dan bandar di China.

Kerajaan China menggubal Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi satu demi satu untuk memastikan pembaharuan dan pembangunan dilaksanakan di seluruh negara dengan stabil. Hasilnya, rakyat jelata mempunyai aspirasi dan rasa bangga yang semakin meningkat.

Kerajaan China dengan teguh mendorong pembaharuan dan keterbukaan yang kemudian dikekalkan dalam tempoh 40 tahun. Model pembangunan China yang dilaksanakan sejak sekian lama boleh disifatkan seperti 'perlumbaan berganti-ganti', bukan seperti 'lari ulang-alik' yang boleh kelihatan di sejumlah negara lain. Ini menjadikan masa depan China bahkan dunia boleh diramalkan sekaligus menjadi penstabil bagi pertumbuhan ekonomi dunia.  
高蕾