Pengarah Institut Gunung Berapi Jabatan Gempa Bumi China, Xu Jiandong berkata, terdapat sekurang-kurangnya 14 buah gunung berapi aktif sudah ditemui di negara ini.
Beliau berkata, terdapat lebih seribu gunung berapi Cenozoic di wilayah yang amat luas negara ini. Adalah penting untuk membina kumpulan data mengenai gunung berapi dengan secepat mungkin bagi penyelidikan dalam bidang tersebut.
Bermula pada tahun 1990-an hingga sekarang, China telah menubuhkan satu pasukan penyelidik tentang gunung berapi yang merangkumi pelbagai bidang sains. Walaupun tiada gunung berapi meletus di China dalam tempoh lebih 60 tahun lalu, namun China tetap perlu meningkatkan daya amaran dalam bidang ini.