Projek menaiktarafkan Hospital Natmauk yang juga program bantuan China kepada Myanmar, dilancarkan dalam satu majlis di Magway semalam.
Wilayah Magway di bahagian tengah Myanmar, merupakan tempat lahir jeneral Aung San yang dianggap bapa kepada negara Myanmar moden.
Sebagai hospital terbesar di kawasan terlibat, Hospital Natmauk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada 300 ribu penduduk. Setelah sekian lama beroperasi, kelengkapan dan peralatan di hospital berkenaan perlu dinaik taraf.
Atas cadangan Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, Kedutaan Besar China memutuskan untuk membina sebuah pusat kecemasan baharu di hospital itu, menaiktarafkan wad dan bangunan pesakit luar, di samping menyediakan kelengkapan serta latihan untuk kakitangan.
Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang berkata, China dan Myanmar sedang membangunkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sebuah jalan yang dicorakkan dengan keamanan dan pembangunan, juga laluan ke arah rakyat yang sihat dan sejahtera.
Menurut rancangan, projek menaiktarafkan Hospital Natmauk dijangka siap pada Mei tahun depan.