Pelabuhan Mombasa Tidak Digadai kepada China

2018-12-29 16:01:32  CRI
Share with:

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta menyifatkan khabar angin bahawa Pelabuhan Mombasa telah digadaikan kepada pihak China sebagai "bayaran balik hutang", adalah sama sekali tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab dengan wartawan tempatan semalam, beliau menyatakan landasan kereta api Mombasa-Nairobi yang dibina dengan pelaburan dari China bukan sahaja membawa manfaat kepada generasi sekarang, malah yang akan datang. 

Katanya, pinjaman adalah mustahak bagi mana-mana negara yang mahu membaiki prasarana. Kenya sedang bekerjasama dengan rakan kongsi yang memahami keperluan pembangunannya, dan China merupakan salah satu daripadanya.

徐国玮