Sahut Seruan: Hunan Pergiat Pembaharuan Struktrur Pembekalan

2019-02-27 15:07:16  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan delegasi provinsi Hunan sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada Mac 2016 menyatakan bahawa Hunan perlu mengambil tindakan untuk mempergiat pembaharuan struktur pembekalan, membaiki kehidupan rakyat, memangkinkan modenisasi pertanian, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

Provinsi Hunan berusaha gigih untuk menangani pelbagai kesukaran dan mewujudkan pembangunan yang bermutu tinggi.

Baru-baru ini, kren-kren yang dihasilkan secara modular dihantar dari bandar Changsha ke pelbagai tempat di China. Petugas syarikat Zoomlion Heavy Industry Science and Technology, Liu Yuxin menyatakan bahawa syarikat itu memperoleh 467 paten baharu, ini banyak memudahkan proses pengeluaran, di samping menurunkan kos penggunaan. 

图片默认标题_fororder_zaman1

Setiausaha Agung Xi Jinping ketika menghadiri perbincangan delegasi Hunan menegaskan bahawa pembaharuan struktur pembekalan bukanlah satu hal yang mudah. Pembekalan hendaklah diubahsuai mengikut permintaan pasaran.   

Pada akhir Mac 2016, provinsi Hunan mengeluarkan panduan mengenai pembaharuan pembekalan. Pada Ogos tahun itu pula, provinsi itu memperkenalkan rancangan empat tahun untuk menggalakkan penaiktarafan perindustrian. Setakat penghujung tahun 2018, lebih 3000 perusahaan industri telah ditutup.    

Dua bulan dahulu, 261 buah perusahaan peleburan dan kimia yang terletak di pangkalan industri Qingshuitang, Zhuzhou telah ditutup.

Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Ekonomi dan Maklumat Bandar Zhuzhou, provinsi Hunan, Zhou Wenjun menyatakan bahawa salah satu punca pencemaran utama di Sungai Yangtze telah dihapuskan, bandar Zhuzhou pun memasuki fasa pembangunan yang bermutu tinggi.

图片默认标题_fororder_zaman2

Selain itu, provinsi Hunan juga giat menjalankan kerja pembasmian kemiskinan dan melaksanakan pelbagai projek meningkatkan kesejahteraan penduduk. Baru-baru ini, pembaikpulihan rumah di kawasan luar bandar telah siap dan ini memberikan manfaat kepada lebih 178 ribu keluarga. Pada tahun ini, lebih 1.2 juta penduduk di luar bandar akan menggunakan air paip, pembaikan grid tenaga di kawasan luar bandar akan dijalankan. 

图片默认标题_fororder_zaman3

 

胡星