Sahut Seruan: Qinghai Giat Bangunkan Ekonomi Hijau

2019-02-28 12:59:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_3

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menekankan perlunya perlindungan alam sekitar dipertingkat seiring usaha membasmi kemiskinan dan memacu pembangunan di petempatan etnik minoriti, ketika menghadiri sesi perbincangan bersama-sama delegasi provinsi Qinghai sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada Mac 2016.

图片默认标题_fororder_8

 

Qinghai yang terletak di kawasan dataran tinggi barat daya China masih bergelut dengan masalah kemiskinan.

Xi Jinping menekankan bahawa pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-13 (FYP-13) adalah tempoh penting bagi memerangi kemiskinan, yang memerlukan sinergi semua pihak.

Sebagai menyahut seruan beliau, Qinghai telah mengambil langkah-langkah komprehensif untuk menjana ekonomi tempatan.


图片默认标题_fororder_5

Wakil NPC yang juga Setiausaha Jawatankuasa PKC di kampung Dashi, Bi Shengzhong menyatakan dasar pembasmian kemiskinan yang bersasaran tepat diperkenalkan hingga meliputi semua keluarga demi membantu penduduk tempatan membaiki taraf hidup.

Sepanjang tiga tahun lalu, Qinghai telah memperuntukkan RMB11.44 bilion (RM6.96 bilion) hingga berjaya membantu 443 ribu orang keluar daripada belenggu kemiskinan.

图片默认标题_fororder_9


Qinghai, punca Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang, digelar "menara air gergasi".

 

图片默认标题_fororder_6


Xi Jinping menekankan bahawa Qinghai perlu menggalakkan projek ekokejuruteraan, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, sambil terus membaiki alam sekitar serta membina bandar dan desa yang indah.

Qinghai menguatkuasakan peraturan mengenai pembangunan Taman Negara Sanjiangyuan, yang pertama di China pada April 2016.

Satu pusat data besar ditubuhkan, sementara teknologi satelit penderiaan jauh tercanggih digunakan untuk menjalankan pemantauan terhadap keadaan ekologi di seluruh taman tersebut.

图片默认标题_fororder_10

Kerajaan tempatan turut memperuntukkan RMB480 juta (RM292 juta) untuk mengupah 17,211 petani dan penggembala menjadi penjaga ekologi yang ditugaskan meronda padang rumput dan melaporkan kegiatan haram.

图片默认标题_fororder_11

Dasar berkenaan membolehkan setiap keluarga memperoleh subsidi RMB7,000 hingga RMB8,000 (RM4,263 hingga RM4,872) bagi penjagaan padang rumput setahun, manakala setiap penjaga ekologi menerima pendapatan lebih RMB30 ribu (RM18.2 ribu) setahun. 

覃淼