Media ASEAN Lawat Xinjiang

2019-03-01 14:53:26  CRI
Share with:

Seramai 11 anggota media dari Indonesia dan Malaysia dijemput melawat Xinjiang pada 22 hingga 27 Februari mengikut program ASEAN Elites China Tour 2019, sekali gus menandakan bermulanya Tahun Pertukaran Media China-ASEAN.

Agenda lawatan meliputi pelbagai tempat dari selatan ke utara wilayah autonomi tersebut, memberi peluang kepada jurnalis dari kedua-dua negara mewawancara pelajar di pusat latihan dan pendidikan vokasional serta menghayati budaya tradisional etnik dan melihat kehidupan penduduk tempatan. 

Mereka bersependapat wujud keharmonian dan kestabilan sosial dalam masyarakat Xinjiang yang berbilang budaya dengan pembangunan ekonomi dan jaminan hidup yang dapat dilihat dengan jelas.

Di Kashgar dan Hotan di selatan, kerajaan tempatan membuka pusat latihan dan pendidikan vokasional untuk membantu mereka yang terpengaruh dengan ekstremisme dan pernah melakukan salah, mengubah haluan hidup masing-masing melalui kemahiran baharu.

Demi keselesaan sewaktu kegiatan keagamaan, kerajaan membuat peruntukan untuk kemudahan asas seperti air minum, pemanas dan tempat bersuci.

Penolong editor Sinar Harian, Asmaliza binti Mansor berkata, beliau amat gembira melihat penduduk beragama Islam di Xinjiang dapat mengamalkan agama dalam suasana yang begitu baik. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, banyak dasar dan projek diperkenalkan untuk menambah baik kesejahteraan rakyat dan menjana pembangunan ekonomi Xinjiang.

Semasa kunjungan ke pusat penempatan semula yang menjadi tempat tinggal 136 keluarga penggembala di Turugart, rombongan media ASEAN kagum melihat semua aspek kehidupan penghuni dititikberatkan. 

Mereka percaya kampung-kampung baharu dibina sama seperti bandar, dan mahu menghabiskan lebih banyak masa untuk menghayati perubahan di Xinjiang.

曹捷