Dalam laporan kerja kerajaan bagi sepanjang tahun lalu, Li Keqiang berkata, China telah melonjak ke kedudukan yang sangat tinggi dalam ranking antarabangsa dalam bidang iklim perniagaan berikutan pelaksanaan dasar pintu terbuka diperluas dari segenap aspek.
Di samping itu, penggunaan penanaman modal asing (PMA) mencecah USD138.3 bilion (RM563.7 bilion), iaitu menduduki tempat pertama antara negara-negara membangun. Tarif juga menurun kepada 7.5% daripada 9.8% pada keseluruhannya.
Serentak itu, China berusaha mengurangkan senarai negatif bagi akses pasaran PMA, memperluas keterbukaan dalam sektor kewangan dan automobil, menggalakkan program PMA utama dilaksanakan dengan lancar, sekali gus mewujudkan jumlah syarikat asing yang baharu ditubuhkan di China meningkat hampir 70%.