Xi Jinping Sertai Sesi Perbincangan Provinsi Fujian

2019-03-10 20:12:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xiatuanjufujian0310a

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China, dan juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping menyertai sesi perbincangan provinsi Fujian sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada petang tadi.

Ding Shizhong, presiden syarikat Anta, korporat produk kesukanan ketiga terbesar di dunia. Pendapatan syarikat Anta meningkat kepda 24.1 bilion yuan pada tahun 2018 daripada tidak sampai 300 juta yuan pada tahun 2001.

Xi Jinping memuji prestasi syariat Anta dan Ding Shizhong. Beliau menyatakan bahawa mengusahakan syarikat bukan sekadar untuk memperoleh keuntungkan. Memberi tumpuan untuk membangunkan dan menguatkan syarikat, amat penting dalam pembangunan ekonomi sebenar.

 

图片默认标题_fororder_xiatuanjufujian0310c

Xi Jinping menekankan pentingnya membina persekitaran kondusif bagi mempergiat inovasi, keusahawanan dan kreativiti, memaksimumkan potensi masyarakat agar meningkatkan pengaruh dan daya saing China di arena antarabangsa.

Fujian antara provinsi kumpulan pertama yang melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Ekonomi swasta di provinsi ini amat rancak. Xi menegaskan bahawa mekanisme harus diperbaiki untuk menggalakkan inovasi, keusahawanan dan kreativiti, dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memangkinkan pembangunan ekonomi swasta, di samping menyediakan persekitaran yang adil, telus dan berasaskan undang-undang kepada pembangunan syarikat.

 

图片默认标题_fororder_xiatuanjufujian0310b

Xi Jinping menyatakan, China akan berusaha mencari jalan baharu bagi mewujudkan pembangunan terselaras antara Tanah Besar dengan Taiwan. Tanah Besar dan Taiwan harus meningkatkan kelancaran kerjasama ekonomi dan perdagangan, kesalinghubungan infrastruktur, perkongsian tenaga dan sumber, dan kesatuan piawaian perindustrian, agar membina Fujian sebagai kampung pertama saudara setanah air dari Taiwan di Tanah Besar. 

Beliau menambah, peluang pembangunan Tanah Besar juga dapat dikongsi dan dinikmati oleh penduduk dan syarikat Taiwan. 

王瑾