Undang-undang Pelaburan Asing Bukti Kesungguhan

2019-03-15 14:34:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1210083426_15526267629091n

Undang-undang Pelaburan Asing diluluskan dengan undi majoriti dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China yang melabuhkan tirai pagi tadi.

Undang-undang asas baharu terbahagi kepada enam bab dengan 42 fasal,  menstandardkan peruntukan berhubung akses, penggalakan, perlindungan dan pengurusan pelaburan asing. Kelulusan undang-undang baharu dianggap bukti kesungguhan China untuk memperjuangkan pembaharuan dan keterbukaan ke akhir, yang akan membantu menjana pembangunan berkualiti.

Para wakil NPC berpendapat undang-undang tersebut akan membantu meningkatkan perlindungan terhadap hak dan kepentingan pelabur asing, sekali gus mencipta iklim perniagaan setaraf antarabangsa yang lebih mudah dan berlandaskan undang-undang.

Wakil NPC, Huang Yushan menyatakan undang-undang baharu akan menyediakan layanan lebih komprehensif dan sama rata kepada peniaga asing, juga sesuai dengan keperluan pembangunan negara.

Pengerusi Dewan Perniagaan Belgium-China, Bernard Dewit pula melihat undang-undang itu sebagai gambaran kesungguhan China untuk terus membuka pintu serta alu-aluan terhadap pelabur asing.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘