Yakin Prospek Ekonomi China

2019-03-15 17:46:21  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124238562_15526186999331n

China akan terus merangsang kedinamikan pasaran dan kreativiti pemain agar operasi ekonomi dapat kekal pada julat munasabah hingga mewujudkan pembangunan berkualiti. 

Perdana Menteri Li Keqiang menyatakan ekonomi China akan sentiasa menjadi "sauh" bagi kestabilan ekonomi dunia.

Dalam taklimat media selepas berakhirnya sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pagi tadi, Li berkata sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini selaras dengan komitmen kerajaan tidak membiarkan penunjuk utama tergelincir dari julat munasabah.

Katanya, biar apa situasi mendatang, momentum baik ekonomi China dalam jangka panjang tidak akan berubah.

Li menyatakan kelulusan Undang-undang Pelaburan Asing mencerminkan komitmen China memperhebat usaha melindungi dan menarik pelaburan asing melalui perundangan. 

Kerajaan China akan memperkenalkan beberapa lagi langkah untuk meningkatkan keterbukaan, seperti senarai negatif baharu dan perlindungan harta intelek yang lebih kukuh. Pembaharuan berorientasikan pasaran dan berlandaskan undang-undang akan terus diperincikan agar hasil ketara dapat dilihat dalam iklim perniagaan.

Menyentuh hubungan  China dan AS, beliau menzahirkan keyakinan bahawa rakyat cukup bijak dan mampu menangani perbezaan pendapat, sambil menggalakkan perkembangan stabil dan sihat ikatan sesama negara sejajar dengan arus sedunia.

Katanya, trend perkembangan hubungan China dengan AS tidak berubah. Hasil baik diharap dapat dibuahkan rundingan perdagangan kedua-dua negara.

Menjawab pertanyaan wartawan Bloomberg mengenai risiko kebocoran maklumat sensitif, Li menegaskan bahawa kerajaan China tidak pernah dan tidak akan meminta syarikat domestik mengintip negara lain. Perbuatan sedemikian melanggar undang-undang. 

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘