Sidang Tahunan NPC Sampai Isyarat Positif

2019-03-17 16:35:17  CRI
Share with:

Kerajaan China mengeluarkan banyak isyarat positif dalam sidang Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) tahun ini.

Demikian dinyatakan ketua Pusat Penyelidikan Perniagaan China, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), profesor Fu Qiang dalam satu temu bual baru-baru ini. 

Beliau berkata kerajaan China mengetahui dengan jelas tentang kesukaran dalam pembangunan ekonomi semasa, dan memberi tumpuan bagi memastikan operasi ekonomi kekal pada julat munasabah. 

Langkah kerajaan China untuk mengurangkan kutipan cukai juga meninggalkan impresi mendalam kepada profesor Fu. 

Katanya, tahap penurunan cukai kali ini adalah di luar jangkaan  dan bakal memberi sokongan kuat kepada ekonomi sebenar.

Beliau turut memandang Undang-undang Pelaburan Asing yang diluluskan dalam sidang tahunan NPC sebagai komitmen China terhadap dunia. 

Syarikat domestik dan asing perlu mematuhi undang-undang tersebut, di samping meningkatkan kemampuan diri bagi merebut peluang baharu dan menghadapi persaingan baharu.

张哲