Pasangan Warga Emas Mahu Jaga Hutan Hingga Hujung Nyawa

2019-04-16 14:34:27  CRI
Share with:

Liu Wenxin, 66 tahun, dan isterinya Ao Jingyun merupakan pasangan penjaga hutan di kawasan baharu Shenbei, bandar Shenyang, provinsi Liaoning China.

Dalam tempoh pencegahan kebakaran hutan dari September hingga Mei, penjaga hutan mesti bertugas di menara peninjau setiap hari.

Dalam dua tahun lalu, pasangan penjaga hutan ini tinggal di pos peninjau Gunung Harimau di utara Shenyang untuk memantau keadaan di hutan seluas beratus-ratus hektar.

Meskipun mempunyai rutin kerja yang kelihatan membosankan, mereka sangat menikmati hidup mereka dan berikrar untuk sedia menjaga hutan hingga ke akhir hayat.

图片默认标题_fororder_hutan2

图片默认标题_fororder_hutan1

图片默认标题_fororder_hutan3

 

胡星