Forum Galak Pembangunan Berkualiti BRI

2019-04-19 17:00:36  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi hari ini mengumumkan, Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) ke-2 akan diadakan di Beijing pada 25 hingga 27 April. 

Presiden Xi Jinping dan 37 pemimpin negara atau ketua kerajaan akan menghadiri forum tersebut serta pelbagai aktiviti sampingan yang berkaitan, dengan penglibatan kira-kira 5,000 tetamu dari lebih 150 negara dan lebih 90 pertubuhan antarabangsa.

Forum itu platform kerjasama antarabangsa berperingkat paling tinggi di bawah rangka BRI, juga agenda diplomasi penting bagi China dan temasya bagi seluruh masyarakat antarabangsa.

Wang Yi memaklumkan, forum kedua ini bertemakan "BRI, membina masa depan cerah". Perbincangan akan memfokuskan kesalinghubungan, penerokaan momentum pertumbuhan baharu, penyelarasan dasar, perkongsian lebih erat, pembangunan mesra alam dan mampan, serta pelaksanaan Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

徐国玮