Mahathir: Pembangunan China Manfaat Dunia

2019-04-20 14:33:33  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) ke-2 akan diadakan di Beijing pada 25 hingga 27 April. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Moha­mad akan menghadiri forum itu. Ketika ditemu bual bersama media China, beliau telah menyatakan pandangan yang positif terhadap inisiatif BRI yang disarankan Presiden China, Xi Jinping. Katanya, laluan sutera maritim amat penting dan merupakan tambahan penting bagi jalan sutera.

Presiden Xi ketika bertemu dengan Mahathir pada bulan Ogos tahun lalu menyatakan bahawa hubungan China-Malaysia sedang berada pada fasa yang penting dalam sejarah, kedua-dua negara perlu meningkatkan interaksi strategik bagi membimbing hubungan bilateral berkembang dengan lebih baik di samping mendorong pembangunan Asia dan kemajuan dan kemakmuran dunia. Manakala Mahathir pula menyatakan bahawa China berperanan penting di pentas dunia terutamanya dalam urusan antarabangsa dan serantau. Malaysia memandang positif pengaruh China yang kian meningkat, dan tidak pernah menganggap pembangunan China sebagai ancaman bagi Malaysia.

Mahathir menekankan bahawa pembangunan China membawa peluang penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, pertumbuhan ekonomi China telah membawa limpahan manfaat kepada Malaysia. Beliau menganggap prospek kerjasama kedua-dua negara lebih cerah.

Dalam temu bual itu, Mahathir berulang kali menyatakan bahawa pembangunan dan kemajuan China memang membawa faedah kepada Malaysia. Malah seluruh dunia telah memperoleh faedah daripada pasaran China yang semakin terbuka. 

曹捷