BRI dan ASEAN

2019-04-24 11:45:04  CRI
Share with:

Dalam tempoh hampir enam tahun lalu, kerjasama antara negara-negara ASEAN dengan China dalam rangka BRI amat memberangsangkan. Kerajaan China telah memeterai dokumen kerjasama dalam rangka BRI dengan semua 10 negara ASEAN, dan penyelarasan BRI dengan strategi atau rancangan pembangunan negara-negara ASEAN turut dijalankan dengan aktif.

Jumlah perdagangan China dan ASEAN mencatat USD587.87 bilion pada tahun 2018. Setakat penghujung tahun 2018, China mempertahankan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 10 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China selama lapan tahun berturut-turut. Pada masa sama, lebih 20 juta pelancong China melawat ke negara-negara ASEAN setiap tahun dan ini menjadikan China negara sumber pelancong asing yang paling besar bagi ASEAN. Setakat penghujung 2018, pelaburan keseluruhan antara China dan ASEAN mencecah USD200 bilion.

Projek landasan kereta api China-Laos berjalan lancar. Walaupun beberapa projek kerjasama seperti landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, landasan kereta api China-Thailand, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia, pelabuhan Kyaukpyu dan taman industri China-Myanmar menghadapi masalah dalam pelaksanaan, namun percanggahan pendapat berjaya diselesaikan dengan usaha sama China dan negara-negara ASEAN.

王瑾