Apa itu BRI?

2019-04-24 11:43:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan inisiatif untuk membina bersama Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, sempena lawatan rasmi di Kazakhstan dan Indonesia masing-masing pada September dan Oktober 2013. Justeru, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ialah singkatannya.

BRI bukanlah penaiktarafan bagi Jalan Sutera kuno atau takrifan bagi konsep geografi “jalur” dan “laluan”. Akan tetapi, BRI sebenarnya adalah platform kerjasama antarabangsa dan produk awam anjuran China kepada dunia, serta satu inisiatif kerjasama ekonomi yang terbuka dan inklusif.

BRI yang berasaskan pembangunan infrastruktur, mengutamakan koordinasi polisi, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan, dan persefahaman dalam kalangan rakyat serta menyelaraskan dasar dan strategi pelbagai negara. 

Semua itu adalah untuk menyuntik momentum baharu bagi pertumbuhan ekonomi sejagat serta mencipta wadah baharu kepada kerjasama ekonomi global.
 
 

王瑾