Prinsip Pembangunan Bersama BRI

2019-04-24 11:49:33  CRI
Share with:

Berbincang, membina dan berkongsi bersama-sama ialah prinsip asas pembinaan BRI. Berbincang bersama bermakna semua pihak berpeluang menyumbang cadangan yang baik. Manakala, membina bersama pula bermaksud mengoptimumkan kelebihan dan kemampuan semua pihak. Berkongsi hasil pembangunan inisiatif BRI ini pula adalah makna kepada maksud berkongsi.

Menurut Visi dan Tindakan bagi Menggalakkan Pembangunan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang diperkenalkan secara bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan China pada tahun 2015, pembinaan bersama inisiatif berkenaan mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selaras dengan Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai, menjunjung keterbukaan dan kerjasama, menjaga keharmonian dan keterangkuman,mematuhi operasi pasaran serta mewujudkan situasi menang-menang.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
王瑾