Xi Temu Sultan Brunei

2019-04-27 11:55:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124422829_15562922475441n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua, semalam.

Xi menyatakan hubungan China-Brunei yang dinaiktarafkan kepada perkongsian  strategik, telah mencapai perkembangan  memberangsangkan dalam masa dua tahun lalu.

Kedua-dua pihak disarankan supaya meningkatkan penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Wawasan 2035 Brunei dan melaksanakan program-program kerjasama yang penting.

Katanya, kerjasama melibatkan ekonomi, perdagangan, pelaburan, pertanian dan perikanan perlu diperhalusi selain saling berkongsi pengalaman dalam ekonomi digital dan e-dagang. 

Beliau turut menyatakan kesediaan pihak China untuk menetapkan tahun 2020 sebagai Tahun Pelancongan China-Brunei bagi merancakkan lagi interaksi sosiobudaya.

图片默认标题_fororder_1124422829_15562922475831n

Sultan Hassanal Bolkiah menyifatkan ucaptama Presiden Xi dalam majlis perasmian BRF memperlihatkan hala tuju pembangunan rantau Asia Pasifik dan dunia.

Titahnya, pembaharuan dan keterbukaan China secara konsisten serta komitmen untuk menjaga multilateralisme akan menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dunia.

Brunei juga bersedia menjalankan sinergi antara Wawasan 2035 dengan BRI, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang dan menggalakkan interaksi sosiobudaya dengan China bagi menyuntik  kedinamikan kepada hubungan dua hala. 

张哲