Pembangunan Berkualiti BRI Dinilai Tinggi

2019-04-27 11:43:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124420373_15562581451701n

Para pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa menilai tinggi pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sepanjang lebih lima tahun lalu.

Pada majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua, mereka bersepakat bahawa semua negara terlibat harus berganding tangan menggerakkan BRI mengikut hala tuju pembangunan berkualiti.

图片默认标题_fororder_1124417369_15562087135801n

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan BRI merupakan satu inisiatif yang luar biasa. Beliau yang menyokong penuh inisiatif itu turut berpendapat bahawa BRI mendekatkan jarak antara negara daratan dengan laut, sekali gus membawa faedah kepada banyak negara.

图片默认标题_fororder_1124421257_15562846075511n

Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam ucapannya memberitahu bahawa BRI sehaluan dengan usaha Rusia untuk menjalin perkongsian Eurasia serta bermanfaat bagi pembangunan yang harmoni dan mampan di benua tersebut.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyifatkan bahawa kegemilangan tamadun China menyumbang kepada kebijaksanaan, keharmonian dan kemakmuran dunia. Untuk rekod, Pakistan antara yang paling awal memberi sahutan kepada BRI dan Koridor Ekonomi China-Pakistan kini telah mencapai kemajuan besar. Seiring dengan BRI memasuki fasa pembangunan berkualiti, negara-negara yang turut serta akan lebih tertumpu pada kesejahteraan rakyat dan kemampanan pembangunan.

图片默认标题_fororder_1124422622_15562959021251n

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pula menyatakan dunia kini berhadapan banyak faktor ketidaktentuan. China telah menjadi tonggak untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan menjaga multilateralisme.

Beliau menegaskan bahawa BRI membantu menyelesaikan kekurangan dana serta mementingkan konsep perlindungan alam sekitar dan rendah karbon. Pihaknya sebulat suara menyokong pembangunan BRI yang sehaluan dengan Agenda 2030 Pembangunan Mampan PBB.

张弘