Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua menutup tirai di Beijing semalam.
Presiden China, Xi Jinping dalam taklimat media memaklumkan sebanyak 283 hasil praktikal telah dicapai, antaranya perjanjian kerjasama bernilai USD64 bilion dapatan persidangan usahawan yang buat pertama kali diatur sempena BRF.
Xi berkata pelbagai pihak bersepakat memperkasakan kerjasama melibatkan segenap bidang serta kesalinghubungan darat, laut, udara dan siber.
Persetujuan juga dicapai untuk memperluas interaksi sosiobudaya, memperbanyak projek kerjasama berkaitan kesejahteraan rakyat dan membantu negara-negara membangun lebih mengintegrasikan diri dalam rantai nilai, industri dan pembekalan global.
Mereka turut komited meningkatkan sinergi skim pembangunan ekonomi satu sama lain serta dengan pertubuhan antarabangsa, di samping memperkukuh kerjasama dua hala dan pasaran pihak ketiga.