Rakyat, Batu Asas Persahabatan China-Malaysia

2019-05-03 16:04:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_760563732

Selepas 45 tahun seiringan meredah angin hujan, aspirasi yang dikongsi rakyat China dan Malaysia untuk saling memahami dan bantu-membantu tidak goyah walau apa perubahan yang dialami kedua-dua negara, malah dunia.

Dalam satu sesi perkongsian media di Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur pagi tadi, Kuasa Usaha Sementara, Chen Chen menyatakan hubungan antara China dengan Malaysia sentiasa muhibah, berkat sumbangan rakyat yang menjadi batu asas bagi persahabatan sesama negara.

Sesi perkongsian tersebut adalah mengenai Sahabat Sejati, lagu tema filem mikro Gift of Time terbitan bersama kedutaan China, Mango Media, On Muse Sdn. Bhd dan pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan.

Yang dipaparkan ialah kisah-kisah menyentuh perasaan berkisarkan persaudaraan adik-beradik, yang menjadikan persefahaman satu kenyataan.

Gift of Time akan ditayangkan semasa majlis keraian di kedutaan China pada 27 Mei, sempena sambutan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

张宪