Gempa bermagnitud 6.8 yang melanda bahagian tengah Myanmar pada 24 Ogos 2016, merosakkan beratus-ratus menara dan patung Buddha termasuk di Thatbyinnyu Phaya.
Pakar perlindungan relik dari China yang telah beberapa kali meninjau Myanmar, mengemukakan pelan pembaikpulihan menara dan patung tersebut.
Pada 22 September tahun lepas, China dan Myanmar menandatangani perjanjian untuk membaik pulih Thatbyinnyu Phaya di Bagan.
Pada 22 April tahun ini, kumpulan pakar China seramai 21 orang tiba di Myanmar. Kerja-kerja menyelamat binaan berkenaan dilancarkan serta-merta, bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk ekoran ketibaan musim hujan pada Jun hingga Oktober nanti.
Projek membaik pulih menara Buddha dijadualkan bermula pada tahun depan dan dijangka memakan masa sembilan tahun.