Pertabalan Raja Thai: Raja Rama X Terima Sembah Rakyat

2019-05-07 15:06:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_t1

Istiadat pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand yang baharu diadakan di Bangkok pada 4 hingga 6 Mei yang lalu.
 
Raja yang menerima sembah rakyat turut berkenan menghadap diplomat pelbagai negara bagi menzahirkan ucapan tahniah kepada baginda di istana semalam.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha yang turut bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertabalan Raja mengetuai jemaah kabinet dan komander angkatan tentera bagi menyampaikan sembah tahniah kepada baginda.

图片默认标题_fororder_t2
 

Puluhan ribu rakyat berhimpun di dataran di depan istana sambil memakai baju berwarna kuning untuk memberi penghormatan kepada baginda yang diiringi Ratu Suthida. 

Rata-rata rakyat Thai menyuarakan bahawa istiadat tersebut melambangkan negara mereka kini mamasuki era baharu serta yakin terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat dengan pimpinan baginda.

 

徐国玮