Xi, Halimah Temu di Beijing

2019-05-14 23:25:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124493765_15578501709211n

Tradisi pertukaran lawatan peringkat tinggi antara China dengan Singapura perlu dikekalkan bagi memberi panduan strategik untuk perkembangan hubungan dua hala.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob di Beijing hari ini.

Xi berkata usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan akan menyaksikan wujudnya toleransi dan rasa muhibah antara satu sama lain, yang turut membawa peluang penting kepada perkembangan hubungan China-Singapura. Dalam pada itu, laluan baharu darat dan laut serta kerjasama di pasaran pihak ketiga hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan keberhasilannya dicapai seawal mungkin.

图片默认标题_fororder_1124493765_15578501854651n

Beliau juga menyarankan kedua-dua negara teguh menyokong globalisasi dan multilateralisme, memperkukuh perpaduan antara negara-negara Asia dan mengambil peluang daripada Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) untuk membina kampung halaman Asia yang indah.

Halimah pula berkata, penganjuran CDAC tepat pada masanya dan membantu menemui cara memberi manfaat kepada rakyat seluruh dunia. Singapura yang teguh menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), bersedia memperkasakan interaksi dan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya.

Tambah beliau, usaha mempertahankan sistem perdagangan multilateral amat penting bagi semua negara, khususnya negara sederhana dan kecil. 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲