Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) membuka tirai di Beijing hari ini.
Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian.
Dengan tema "Interaksi, Saling Belajar antara Tamadun Asia dan Komuniti Berkongsi Nasib", persidangan tersebut menarik kehadiran pemuda, sarjana, pegawai kerajaan dan wakil pertubuhan antarabangsa dari 47 negara.
Lebih 110 aktiviti dijadualkan dalam tempoh persidangan seperti subforum, karnival budaya dan minggu tamadun Asia.