Tamadun Tiada Beza Tinggi Rendah

2019-05-16 12:01:27  CRI
Share with:

Tiada beza tinggi rendah dalam tamadun manusia. Adalah bodoh sekali dan membawa malapetaka jika menganggap bangsa dan tamadun sendiri lebih mulia daripada yang lain dan berniat mengubah bahkan menggantikan tamadun lain. 

Presiden Xi Jinping berujar demikian dalam ucaptama pada Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) yang dirasmikan semalam.

Baru-baru ini, segelintir politikus Barat mengulang falasi bahawa tamadun berbeza pasti menuju ke konflik dan konfrontasi. 

Dengan latar belakang ini, CDAC yang disarankan lima tahun lalu diadakan tepat pada waktunya.

Presiden Xi menyatakan setiap tamadun ada pesona tersendiri. Dalam ucaptamanya, beliau telah menghuraikan hubungan antara tamadun di Asia serta dengan tamadun dunia, di samping mengemukakan empat cadangan bagi membentuk komuniti berkongsi nasib Asia dan sesama insan melalui dialog antara tamadun. Ujaran beliau menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang kali menegaskan bahawa dalam perurusan  hampir 2,000 tahun, China tidak pernah menjajah Malaysia. Kata-kata itu datangnya daripada persepsi beliau terhadap perhubungan dengan China yang sentiasa mementingkan ikatan muhibah sesama jiran.

张弘