Minggu Budaya Asia dilancarkan semalam sempena Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC).
Antara agendanya termasuk jerayawara dan pameran tamadun, pesta makanan, pameran budaya dan pelancongan serta minggu filem dan televisyen, memperlihatkan pesona dan kegemilangan tamadun Asia.
Pameran tamadun menjanjikan persembahan muzik, nyanyian, tarian dan opera yang dihidangkan lebih 300 seniman dari 21 negara termasuk Perancis serta dari Amerika Latin dan Caribbean, dengan 25 acara di dalam panggung dan 32 di luar.
Turut diadakan, lima pameran tinggalan budaya yang menghimpunkan artifak dari 47 negara Asia serta Mesir dan Greece.