Pelancongan Bantu Hayati Tamadun Berbeza

2019-05-18 14:06:04  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_1a42182a-9286-437d-a90a-14d9ad67939b


Tamadun-tamadun di Asia menampilkan ciri-ciri tersendiri dan wujud bersama secara harmoni. Pelancongan dapat membantu menghayati tamadun dan budaya yang berbeza.

Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon yang menghadiri majlis perasmian Pameran Pelancongan Budaya Asia di Beijing semalam.

Kemboja dan Laos diundang sebagai tetamu utama dalam pameran tersebut.

Thong Khon menyifatkan Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) platform signifikan untuk menggalakkan interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza.

Katanya, Karnival Budaya Asia yang diadakan dengan jayanya pada malam 15 Mei bukan sahaja memperlihatkan persamaan dan keunikan tersendiri budaya negara-negara Asia, malah menonjolkan penggabungan budaya tradisional dengan teknologi moden.

Thong Khon turut menyatakan tamadun tersebar melalui pelancongan, sedangkan pelancongan berkembang berlandaskan tamadun. CDAC pasti akan memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam bdiang pelancongan, meningkatkan persefahaman rakyat dan penyebatian budaya, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

张弘