Modal Antarabangsa Yakin Pasaran China

2019-05-22 11:49:48  CRI
Share with:
Bagi jenama pakaian kasual multinasional GAP yang berpangkalan di Amerika Syarikat, tahun 2019 amat luar biasa. Pada ulang tahun ke-50nya, GAP merancang menutup ratusan kedai di Amerika Utara dan melebarkan sayap ke pasaran China. Pada bulan lepas sahaja, GAP membuka 11 kedai di Tanah Besar China, dengan sasaran membuka sekurang-kurangnya 40 kedai tahun ini.

GAP bukanlah satu-satunya pelabur asing yang memperluas pelaburan di China sejak awal tahun ini.

Data menunjukkan dalam Januari hingga April, penggunaan sebenar modal asing di China meningkat 6.4% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat RMB305.24 bilion (RM185 bilion). Korea Selatan, AS dan Jerman masing-masing menambah pelaburan di China sebanyak 114.1%, 24.3% dan 101.1%.

Dengan latar belakang aliran modal rentas sempadan makin perlahan, pertambahan pelaburan asing ke China menggambarkan keyakinan modal antarabangsa terhadap prospek pembangunan China. Keyakinan itu adalah kerana skala, kedinamikan dan kestabilan pasaran China.

Kaji selidik terkini Dewan Perniagaan AS mendapati hampir 80% syarikat domestik yang ditinjau menganggap iklim perniagaan di China bertambah baik atau kekal tidak berubah. 62% melihat China antara tiga destinasi pelaburan paling popular.

Tidak lama sebelum Forum Persidangan Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua diadakan bulan lepas, Presiden Xi Jinping menyatakan China akan memperluas akses pasaran modal asing dalam lebih banyak bidang. 

Langkah juga akan diambil untuk memperhebat kerjasama antarabangsa dalam perlindungan harta intelek, mempergiat pengimportan barang dan perkhidmatan, melaksanakan pelarasan dasar ekonomi makro dengan lebih berkesan dan lebih menumpukan pelaksanaan dasar keterbukaan.

Tekad dan motivasi China tidak akan luntur, begitu juga pasarannya mustahil runtuh akibat suara-suara gangguan.
曹捷