

Pemulihan hutan daripada tanah tanaman mula dilaksanakan di pekan Wuqi, provinsi Shaanxi sejak tahun 1998.

Dalam tempoh 20 tahun lepas, sebanyak 163 ribu hektar hutan telah ditanam di tanah pertanian atau gunung tandus sehingga suasana hidup dan ekologi dibaiki dengan ketara di sini.

Penduduk tempatan dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan berkat ekonomi hutan yang dibangunkan di Wuqi , dan mampu memperoleh pendapatan perkapita sebanyak RMB 10,956 (RM6,593) pada tahun 2018, iaitu 12 kali ganda daripada tahun 1997.


