Lebih 99.9% sampel produk tenusu yang diperiksa pihak berkuasa China secara rawak memenuhi piawaian kualiti selama lima tahun berturut-turut.
Demikian dimaklumkan pengarah penyeliaan makanan Jabatan Pentadbiran Am Kawal Selia Pasaran Negara (SAMR), Ma Chunliang dalam Persidangan Tenusu China ke-10 baru-baru ini.
Katanya, penunjuk kualiti dan keselamatan serta nilai pemakanan produk berkenaan setaraf antarabangsa.
Presiden Persatuan Tenusu China, Li Defa memaklumkan hampir 32 juta tan produk tenusu dihasilkan pada tahun lepas, meningkat 146 kali ganda berbanding 70 tahun lalu. Terdapat 587 syarikat pengeluar produk tenusu di serata negara, dengan hasil jualan RMB339.89 bilion (RM202.88 bilion).