Wartawan 24 Negara Ikut Kembara ke Xinjiang

2019-07-24 15:04:21  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124785182_15638067002471n

Delegasi wartawan dari 24 negara yang mengikuti program Kembara ke Zon Teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera, berpeluang melihat keadaan di Xinjiang dalam tempoh lawatan pada 14 hingga 22 Julai lalu.


Atur cara memberi kesempatan kepada para wartawan untuk bertukar-tukar pendapat dengan pelajar di pusat latihan dan pendidikan vokasional serta tokoh agama dan penduduk setempat yang berbilang etnik.

图片默认标题_fororder_1124785182_15638067002891n


Mereka mengiktiraf usaha China memerangi dan mencegah keganasan, melindungi kebebasan beragama dan budaya tradisional etnik minoriti, di samping membangunkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Ketua pejabat Okaz Arab Saudi di Mekah, Abdulaziz Raddad A Alrabie berkata, pusat latihan dan pendidikan vokasional membantu menghapuskan fikiran ekstremis. Mereka yang mengikuti kursus di sekolah berkenaan ternyata berpuas hati dengan kehidupan dan suasana pembelajaran di sana.

Ketua pengarang ehwal semasa akhbar Alwatan Arab Saudi, Khaled Jihad Abdul-Razzaq Al-Saleh berkata, penganut Islam di China bebas menjalankan aktiviti agama seperti bersembahyang. Laporan sesetengah media bahawa ibadat mereka dihalang atau diganggu sama sekali tidak benar.

Penyampai berita ehwal semasa Televisyen Pakistan, Abrar Naseem Wahla pula berkata, beliau telah melihat kerajaan menjalankan pembinaan infrastruktur termasuk jalan raya, hospital dan pusat perkhidmatan pelancong. Di kilang-kilang, kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan subsidi. Taraf hidup penduduk Xinjiang semakin meningkat.

Kembara ke Zon Teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera, program anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China, disertai wartawan domestik dan wartawan asing dari 23 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Itali, Arab Saudi, Turki, Jepun dan Iran.

图片默认标题_fororder_1124785182_15638067003271n

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷