Maharaja Jepun Ambil Iktibar daripada Sejarah

2019-08-16 14:29:22  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun semalam mengadakan majlis peringatan bagi mangsa-mangsa yang terkorban di seluruh negara semasa Perang Dunia II, genap 74 tahun selepas Jepun menyerah kalah.

Maharaja Naruhito dalam ucapannya menyatakan akan mengambil iktibar daripada sejarah, dan berdoa semoga perang tidak berulang. 

Ucapan itu sama dengan yang disampaikan ayahanda, Maharaja Akihito dalam majlis serupa pada 2015. Ketika itu, kalimat "mengambil iktibar" kali pertama disebut Akihito dalam ucapan seumpama.

Majlis tahun ini turut dihadiri lebih 6,500 tetamu termasuk Perdana Menteri Shinzo Abe, Speaker Dewan Kaunselor dan Dewan Perwakilan serta wakil keluarga mangsa perang.

Abe dalam ucapannya menyatakan akan mengingati pengajaran daripada sejarah, tetapi tidak menyebut tanggungjawab ke atas kesengsaraan yang dialami negara-negara Asia.

曹捷