PRC Sambut Ulang Tahun Ke-70

2019-10-01 11:50:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125063185_15698997362551n

Sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC) diadakan dengan gilang-gemilang di Dataran Tian'anmen, Beijing pagi tadi.

Presiden Xi Jinping yang juga Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, menyampaikan ucapan dan memeriksa perbarisan tentera.

Beliau berkata, China gah berdiri di timur dan tiada yang mampu menghalang bangsa ini terus mengorak langkah ke hadapan.

Penubuhan PRC telah mengubah nasib China yang dahulunya lemah dan miskin hingga merintis jalan ke arah kebangkitan nusa dan bangsa.
 
Dalam tempoh 70 tahun lalu, rakyat pelbagai etnik bersatu padu dan berjuang gigih,  melakar pencapaian cemerlang yang dikagumi dunia. China kini muncul sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dan penjana utama ekonomi global. 

图片默认标题_fororder_1125063185_15699006071581n

Xi selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) juga menekankan perlunya berpegang teguh pada pimpinan parti, mengutamakan rakyat, menempuh jalan sosialisme bercirikan China, serta memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan yang lebih indah.
    
Perbarisan tentera berlangsung kira-kira 80 minit, disertai 15,000 anggota serta lebih 160 pesawat dan 580 kelengkapan yang membentuk 59 formasi. 

Perbarisan disusuli perarakan rakyat melibatkan 100 ribu orang dan 70 kumpulan kenderaan berhias. 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘