Ulang Tahun Ke-70 PRC Disambut Gilang-Gemilang

2019-10-01 10:41:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125062818_15698965307971n

Perhimpunan perayaan ulang tahun ke-70 penubuhan Repulik Rakyat China (PRC) diadakan di Dataran Tian'anmen dengan gemilangnya pada pagi ini.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting.

Sesi perhimpunan kemudian disusuli dengan perbarisan tentera yang merupakan kali pertama sejak penyusunan semula dilakukan terhadap pasukan tentera China.

Seusai tamatnya perbarisan oleh 15 ribu orang tentera, kira-kira 100 ribu orang rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan rakyat.

China telah mempamerkan kejayaan pembangunan yang amat mengagumkan dalam tempoh 70 tahun yang lalu.

Daripada sebuah negara lemah dan miskin, China bangkit menjadi entiti ekonomi kedua terbesar, negara perdagangan kargo terbesar dan negara pemilik rizab mata wang asing terbesar di dunia.

Untuk rekod, jangka hayat purata penduduk turut dicatatkan meningkat daripada 35 tahun pada tahun 1949 kepada 77 tahun pada tahun 2018 dan China merupakan negara yang mempunyai sistem jaminan sosial terbesar di dunia pada peringkat awalnya.
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘