Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua akan diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November.
Jenama kereta terkenal Britain, Aston Martin mengesahkan penyertaan mereka melalui blog mikro rasmi baru-baru ini.
Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Andy Palmer menyatakan China pasaran kereta paling besar dan juga paling penting di dunia. Penyertaan ke CIIE dilihat sebagai saluran penting untuk kerjasama dan dialog dengan rakan kongsi dari China. Pihaknya yakin mampu memperluas kerjasama dengan pasaran negara ini.
Palmer memaklumkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Aston Martin iaitu model DBX akan dipasarkan secara serentak di Shanghai dan Los Angeles pada Disember. Pelancaran di pasaran China akan membantu mencipta titik pertumbuhan baharu bagi jenama tersebut.