Xi, Macron Temu di Shanghai

2019-11-06 11:37:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125196221_15729734194721n


Presiden Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan pasangannya, Brigitte di Taman Yuyuan, Shanghai malam semalam.

Xi mengalu-alukan lawatan pertama Macron ke Shanghai, yang diharap membantu beliau lebih mengenali China.

Shanghai cermin bagi pembaharuan, keterbukaan dan pembangunan China serta perkembangan hubungan China dengan dunia pada zaman moden.

Xi menyatakan Yuyuan dijadikan lokasi pertemuan bagi membolehkan Macron menghayati keindahan taman klasik dan budaya tradisional China. 

Ekspresi seni budaya  berbagai-bagai, namun pengalaman spiritual yang dibawa tetap sama. Budaya yang berbeza dapat wujud bersama secara harmoni. Selaku wakil tamadun Timur dan Barat, China dan Perancis hendaklah saling hormat, saling berinteraksi dan saling belajar.

图片默认标题_fororder_1125196221_15729734194801n


Macron menyatakan Perancis menghargai dan mengalu-alukan komitmen China untuk memperluas keterbukaan, meningkatkan kerjasama antarabangsa dan menggalakkan pembentukan ekonomi dunia yang terbuka demi keuntungan bersama.

Beliau berharap Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)kedua diadakan dengan jaya, dan lawatannya dapat memperkaya hubungan bilateral.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘