Ucaptama Xi Disambut Baik

2019-11-06 13:22:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125194860_15729407674281n

Ucaptama Presiden Xi Jinping pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua memberi kesan mendalam kepada para tetamu asing.

Menteri Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, Bandar Ibrahim Alkhorayef menyatakan China yang sentiasa terbuka menyediakan banyak peluang pembangunan dan interaksi kepada negara-negara lain. Beliau berharap semoga China melakar kemajuan lebih besar dalam pembangunan.

Menteri Penyelaras Urusan Maritim Indonesia, Luhut Panjaitan menyatakan semangat menjunjung multilateralisme dan keuntungan bersama yang ditekankan Presiden Xi  mencerminkan kepemimpinan China di arena antarabangsa.

Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez berpendapat selaku entiti ekonomi yang berkembang paling pesat, China sedang menerajui integrasi ekonomi dunia. Dengan keterbukaan yang lebih luas, semakin banyak produk memasuki pasaran China, sekali gus membantu menyeimbangkan perdagangan dunia. 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘